Rabu, 11 April 2012

tengah menggila buat cover..tengoklah

Views
Jemput tengok ye..komen lah  sekali..

waktu terus berlalu
 
kesedihan bukan milikku
tidak sabar menunggu
..
tema perkahwinan ikut warna cartoon?

Selasa, 20 Mac 2012

sory mendiamkan diri

Views
..assalamualaikum..buat pembaca sekalian..
maaf lah kalau ada yg trnanti smbungan e-novel sye (ayt cam ada pminat je)
sjak kblakangan ini..memang sibuk sangat.. dengan peperiksaan..program skolah lagi..
nak sambung cerita pon rasanya tidak sempat..
Maaf ye...

Khamis, 16 Februari 2012

Cinta Buta

Views
 
















 "Langit birunya.." Ujar Dania, tiba tiba

terjengul wajah seorang yang dia tidak dikenalinya.

 "Awak okey tak?" Lelaki itu bersuara.Lantas Dania bangkit dari pembaringannya dan menjerit.

"Awak ingat lagi tak apa yang terjadi?" Tanya lelaki itu lagi.

Dania hanya membisu 'Kenapa aku baring atas peha dia? cuba ingat Dania cuba ingat' Dania memaksa
otaknya untuk mengingati apa yang terjadi sampaikan dia terbaring di situ.

"Tit tit tit." Menandakan satu mesej telah masuk lantas Dania membaca apa yang tertulis 'Saya balik dulu.' Baru dia teringat bahawa dia ada date dengan Haziq. Dania menjerit tidak tentu pasal "Argh!! aku dah lambat!!." Dania berlari lari mengelilingi budak itu.

"Hei!" Tegur lelaki itu mukanya tampak kehairanan. "Ops" Dania berdiri tegak. 

    Sebenarnya dalam perjalanan Dania ingin berjumpa Haziq dia terlihat sekumpulan lelaki sedang membuli

seorang budak. Siapa lagi kalau bukan budak depan di ni. Tanpa memikirkan keselamatan diri dia berfikir

hendak menendang salah seorang dari kumpulan itu "Wacha!!!" Malang tidak berbau semasa hendak

menendang budak itu dia terpijak kulit pisang lalu jatuh tergolek 'Gedebuk!!' Takde sivik betullah'  Dania yang

terasa malu terus menutup mata pura-pura pengsan kononnya. Sekumpulan pembuli itu yang terkejut bunyi

nangka jatuh terus berlari takut dipersalahkan lah tu.Akibat pura pura pengsan itu lah dia terus tertidur.

Pantang mata tertutup lama sedikit pasti tertidur.

  "Eh dah petang ni saya balik dulu." Pamit Dania.

"Chop!" Budak lelaki yang wajahnya Pan Asian itu separuh menjerit "Saya Danish ,Form 3 Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah." Danish memperkenalkan diri 

Dania menyengetkan kepalanya 'ada eh orang macam ni siap bagi tau sekolah sekali lagipun tak tanya pon' 

"Owh Danish awak ada cedera ke?"

"Tak ada."

"Baguslah." Dania ingin beredar

"Tunggu!!, Saya nak balas jasa baik awak sebab awak ada niat nak bantu saya." 

 "Haik? Betul ke ni?"  Danish menangguk.
 "Kalau macam tu saya nak chocolate dengan bunga boleh?" Mata Danish terbeliak sedikit
" Saya bergurau je lah, tak payahlah susah susah lagipon saya pengsan tadi."
Takkan dia nak bagitahu dia pura pura pengsan jatuh saham nanti. "Saya balik boleh?" Tanya Dania takut apabila ingin beredar ada saje budak ni halang.

" Nama awak apa?" "Saya Dania Form 4 Sekolah Menengah Bukit Katil" Dania mengikuti cara Danish memperkenalkan diri sebentar tadi. Tanpa berlengah dia terus berlari pulang tidak mahu tunggu lagi hari sudah lanjut petang.

       Keesokan harinya Dania menelefon Haziq memandangkan sekolah bercuti selama 2 minggu dapatlah dia

melepak atas katil lama sikit. Haziq yang tengah bermain dengan telefon bimbitnya itu terus menjawab

panggilan Dania. 

"Dania?"

"Haziq maafkan saya tak datang semalam."

"Takpe lain kali jelah kita jumpa."

"Lain kali tu bila?" Dania tersenyum nampaknya Haziq tidak memarahinya.

"Entahlah, bila saya rajin nak jumpa." Haziq terus menamatkan talian.

Senyuman Dania mati disitu.

          Dania mengambil keputusan untuk jalan jalan di tempat semalam, Dania teringat bagaimana Haziq mengajaknya berpacaran.

  "Haih Haziq datang pula awak hari ni? selalu ponteng je." Ujar Dania sambil membersihkan kelas memandangkan hari ini dia bertugas.

"Erm terima kasihlah sebab ingatkan saya nak ponteng kelas lagi."

"Hei mana ada saya ingatkan awak supaya ponteng kelas." Mata Dania terbeliak.

"Bila Awak sebut pasal ponteng terus saya teringat nak ponteng lagi, ingatkan nak stay sampai habis kelas."

Dania menepuk dahi.

"Awak tengok apa?" Haziq mendekati Dania yang agak leka memandang luar tingkap.

"Takda apa." Ujar Dania dan berharap agar Haziq tidak melihat apa yang telah dilihatnya.

"Owh skodeng haiwan berasmara eh?"

Wajah Dania bertukar merah sebenarnya dia sedang asyik menyapu terlihat pula dua ekor burut pipit seperti
berkucupan.

 "Hei bukan berasmaralah kan itu ibu dia kasi makan tu." Dania membalas. Danish hanya membisu

"Awak nak boyfriend tak?"Danish bertanya tiba-tiba.

"Soalan apa tu?" Dania ingin beredar.

"Saya boleh jadi boyfriend awak."

"Erm saya memang ada boyfriend, tu Razif,Asyraff,Kunalan kan budak lelaki dalam kelas ni kawan lelaki
saya"

"Maksud aku special boyfriend lar" Danish menonjol kepala Dania.

"Tipu lah takkanlah kau nak kat aku yang macam tomboy ni"Dania beredar tetapi tangannya disambar Haziq

"Aku tak tipulah" Mereka beradu pandangan.

     "Dania!!!" Lamunan Dania terhenti pabila terdengar namanya dipanggil, diamati wajah yang memanggilnya itu baru dia perasan itu Danish lah.

"Nah" Danish menghulurkan chocolate dan sejambak bunga dengan harapan Dania menerimanya penat dia memetik bunga mawar itu dari tanaman ibunya.'jangan bagi tahu sesiapa nanti dia kena marah jadi senyap je tau.

"Cantiknya bunga ni tapi saya kan bergurau je semalam." ujar Dania dan tidak semena mena dia terus menangis di situ 'kuat.'

'Apahal pulak minah ni takkan terharu sampai macam tu sekali.' Desis Danish.

"Eh kenapa ni salah ke saya bagi benda ni?" Danish kekalutan.

"Saya sudah ada kekasih!!" Suara Dania tegas.

 "Saya bagi je tak maksud apa apa." Danish membela diri.

"Saya seorang yang setia nah ambik balik." Dania menyerahkan kembali hadiah itu.

" Saya ikhlas lah kasi awak."

" Awak tau ke apa makna ikhlas budak?"

"Saya muda setahun je kot dari awak."

Dania tidak tahu apa yang mahu dikatakan lagi "Bagilah balik saya nak hadiah tu" Dania mengambilnya semula

Danish hanya tersenyum girang.

     Musim cuti yang sepatutnya habis bersama Haziq tidak menjadi kerana sudah lama dia tidak mengajak

Dania keluar maka Danish lah selalu jadi peneman Dania di kala kebosanan melanda.

"Cantik lah teddy bear ni kan Danish?" Dania meminta pendapat teman barunya itu.

"Ofcourse comel tak cantik."Danish mengenakan Dania

"Salah cakap lah" Dania mencebik.Dari satu kedai ke satu kedai di dalam Shopping Mall itu dikunjungi

mereka berdua. Dania terlihat tempat pertama dia dan Haziq berdating iaitu di Pusat Karaoke. Dania

teringtkan Haziq. 'Adakah Haziq mengingati ku?' Soalan itu lenyap tanpa jawapan.

"Thanks for today." Dania menghadiahkan senyuman kepada Danish.

"Sama-sama." Danish membalasnya dalam bahasa melayu. Bahasa Jiwa Bangsa lah katakan.

Dania mengambil haluan untuk pulang kerumah, "Dania" Panggil Danish. Dania menoleh "hurm?"

"Saya sukakan Awak" senafas Danish menuturkannya.

"Saya sudah ada kekasih, jadi saya tak dapat membalas cinta awak." Dania menunduk

Danish terus pergi membawa jiwa yang duka itu meninggalkan Dania.

     Sekolah dibuka Dania yang masih dalam keadaan bingung "Dania!!" Dania terus menoleh Haziq merapatinya 

"Saya rindukan awak" Terus Haziq menarik Dania ke satu lorong yang agak tersorok sedikit lalu
memeluknya.

"Hoi!!" Jerit Dania terus melempang Haziq tidak disangka Haziq sanggup lakukan dirinya sebegitu. "Saya

cuma lepaskan rindu kat awak je salah ke?" Haziq memutar belit memandangkan Dania seorang yang mudah

termakan pujuk rayu lelaki. "Maaf saya tak sengaja tampar awak tadi." 

"Leceh dengan awak ni." Haziq berlalu pergi membawa kesakitan akibat ditampar Dania.

       Balik dari sekolah terus dia berjalan jalan malas mahu pulang ke rumah, singgah kat shopping mall okey

juga, sedang asyik berjalan seorang diri sambil makan aiskrim Jiwanya sedikit terguris apabila terlihat Haziq

dengan seorang budak perempuan berpegangan tangan dia terus merapati pasangan itu.Danish yang juga

kebetulan singgah shopping mall itu untuk membeli buku rujukan terlihat Dania berhadapan dengan sepasang

lagaknya seperti kekasih Danish terus mengintai ingin tahu apa yang terjadi.

"Jadi sayang ini Ex girlfriend awak lah ye?" 

"Yup."Haziq menjawab tanpa memikirkan  perasaan Dania.

"Ini special girlfriend baru saya" Haziq memperkenalkan kepada Dania.

"Hai saya Maya" Maya tersenyum seperti mengejek

Lidah membeku tidak tahu apa ingin diucapnya Dania terus pergi meninggalkan mereka. 

"Kau memang binatang tak fikir pasal orang lain" Danish yang sedari tadi menahan geram terus meluru

menumbuk wajah Haziq. Haziq yang tidak bersedia menerima tumbukan terus jatuh terduduk.

"Danish!"panggil Dania apabila Danish ingin menumbuk Haziq sekali lagi.

Danish terus menarik tangan Dania beredar dari situ.

"Danish saya penat lah laju ye awak tarik saya" Ujar Dania setelah agak jauh mereka berjalan

"Maafkan saya"

"Terima kasih ya gembira saya ada juga orang mempertahankan perasaan saya"Dania tersenyum.

"Mestilah saya buat macam tu sayakan suka awak."

Dania ingin membuka mulut.. 

"Takpa takyah jawab dulu saya faham okey bye." Danish berlalu pergi.

"Danish!!"Dania terus mengejar Danish dan menarik tangan jejaka itu lalu dia berlutut. 

"Saya buta saya tak kenal mana permata dan mana kaca, saya minta maaf saya lukakan perasaan awak"

Danish yang seperti malu malu kucing tersenyum malu diperlakukan sebegitu patutnya dia berlutut ini lain pula 

Dania berdiri berhadapan Danish "Saya cintakan awak budak" 

"Saya muda setahun je lah..Saya pon cintakan awak kakak tua" Dania terus mengejar Danish kerana memanggilnya tua.